Syarat Penyertaan nTrends'20:

  1. Penyertaan sebagai pembentang (Telesidang) untuk seminar penyelidikan nTrends'20 adalah terbuka kepada semua pensyarah:
    • Kolej Komuniti
    • Politeknik
    • IPTA / IPTS / ILKA
    • Guru dan tenaga pengajar TVET
  1. Satu kumpulan penyertaan TIDAK BOLEH melebihi daripada tiga (3) orang ahli.
  2. Skop persidangan:
    • Kejuruteraan Awam dan Sistem Bangunan Industri 
    • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    • Sains Sosial
    • Kejuruteraan Mekanikal
    • Matematik
    • Pengajian Pendidikan
    • Perniagaan dan Pengurusan
    • Komputer dan ICT
    • Kajian Tindakan
    • Lain-lain
  1. Tarikh akhir penghantaran abstrak adalah pada 1 Ogos 2020. Pembentang perlu memuatnaik asbtrak di dalam Laman Pembentang.
  2. Tarikh akhir penghantaran kertas kajian penuh adalah pada 31 Ogos 2020. Pembentang perlu memuatnaik kertas kajian di dalam Laman Pembentang.
  3. Abstrak dan kertas kajian akan di semak oleh Panel Penilai yang telah dilantik. Peserta boleh membuat semakan keputusan saringan melalui laman web ini pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Semua keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Panel Penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang komen dan aduan tidak akan dilayan.
  4. Kertas kajian dengan pembetulan berdasarkan komen penilai perlu dihantar pada 12 September 2020.
  5. Untuk semua kertas kajian yang diterima, yuran pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi nTrends'20. [ DI SINI ]
  6. Yuran pendaftaran bagi kertas kajian perlu dibayar sebelum tarikh akhir pada 25 September 2020.
  7. Para pembentang perlu menjelaskan bayaran atas nama Koperasi Kolej Komuniti Ledang Johor Berhad. 
  8. Yuran pendaftaran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat menyertai persidangan.
  9. Kertas kajian yang tidak diperbaiki berdasarkan komen penilai tidak akan diterbitkan ke dalam eProsiding.
  10. Setiap penyertaan MESTILAH disertakan dengan penghantaran video pembentangan kertas kajian oleh pembentang untuk sesi telesidang.
  11. Kertas kajian yang gagal dibentangkan akan dikeluarkan daripada penyertaan. Segala tuntutan yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan.
  12. Sijil pembentang hanya diberikan kepada peserta yang membuat pembentangan (terhad kepada  satu (1) orang pembentang sahaja). Kredit automatik diberikan kepada semua penulis dan diterbitkan dalam eProsiding.
  13. Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan manuskrip yang tidak memenuhi syarat persidangan atau penyerahan, tanpa persetujuan pengarang atau pengarang bersama. Bahan persidangan tidak akan dihantar kepada peserta atau pembentang yang tidak dapat menghadiri persidangan.
  14. Berikut adalah syarat dan maklumat berkaitan penghantaran video:
  • Kandungan Video Pembentangan
    • Video mestilah dimulakan dengan montaj nTrends'20. Muat turun montaj video [ DI SINI ].
    • Kemudian, diikuti dengan Pengenalan Diri, Tajuk Kajian, dan info berkaitan kajian penyelidikan.
    • Bahan kandungan video (audio latar, montaj, bahan video, grafik) yang dimasukkan ke dalam video adalah di bawah tanggungjawab peserta. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya bahan video diambil tanpa kebenaran pihak tertentu.
  • Maklumat Penting
    • Durasi video mestilah tidak melebihi tujuh (7) minit.
    • Tarikh akhir penghantaran video shareable link adalah pada 20 Oktober 2020.
    • Video hendaklah dimuat naik ke dalam Google Drive atau One Drive dan kongsikan pautan (shareable link) di dalam Laman Pembentang. Pautan (shareable link) akan digunakan oleh pihak Urus Setia untuk memuat turun video tersebut.
    • Keputusan penganjur adalah muktamad. Sebarang aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
    • Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan sekiranya kandungan video tidak bersesuaian dengan pertandingan ini.
    • Video yang mendapat 'LIKE' terbanyak akan memenangi anugerah Video Paling Popular.
    • Pengumuman keputusan rasmi akan disiarkan melalui laman facebook rasmi Kolej Komuniti Ledang, laman web rasmi nTrends'20, saluran rasmi Youtube nTrends'20 dan notifikasi kepada peserta.
    • Video pembentangan ini akan digunakan semasa telesidang. Telesidang ini akan berjalan secara rakaman pembentangan yang telah dimuat naik lebih awal.