Program ini memberikan peluang khusus kepada para pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti untuk mengemukakan hasil penyelidikan di peringkat kebangsaan. Penganjuran program ini juga dapat menggalakkan dan membudayakan penciptaan dan penyelidikan di kalangan para pensyarah Politeknik dan Kolej Komuniti. Usaha ini juga dapat memupuk motivasi untuk penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, kompetensi dan kreativiti di kalangan warga Politeknik dan Kolej Komuniti. Objektif Tema: “Memanfaatkan Penyelidikan dan Inovasi dalam TVET ” | Leveraging Research and Innovation in TVET